PERUTUSAN SETIAUSAHA TUGAS-TUGAS KHAS

PERUTUSAN S U T T


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang ke Laman Web Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri Sabah. Laman web ini adalah merupakan salah satu inisiatif PMTTK untuk memberikan informasi tepat berkaitan perkhidmatan yang diberikan dan memberi hebahan program-program yang dijalankan untuk warga Sabah dalam pengurusan hal ehwal Islam dan pendidikan di Sabah.

Sejajar dengan pendigitalan Kerajaan Negeri Sabah menjelang tahun 2025, PMTTK komited untuk menyediakan laman web yang mesra pengguna dengan kemudahan perkhidmatan atas talian yang efisien dan efektif bagi memenuhi tuntutan dan kehendak semua lapisan masyarakat di Negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya . Kemudahan untuk melayari portal ini juga akan sentiasa dipertingkatkan, dipertkemaskan dan ditambahbaik dengan pelbagai kemudahan teknologi terkini untuk memudahkan orang awam mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat.

Tranformasi perkhidmatan awam berlaku sangat agresif dan pantas. Melahirkan penjawat awam yang berintegriti dan berakauntabiliti dalam melaksanakan tugas-tugas seharian adalah menjadi agenda utama PMTTK dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam dan mempertingkatkan keutuhan pengurusan kerajaan negeri. Dalam program pembangunan negeri ini PMTTK sentiasa berpandukan dasar dan pelan hala tuju SABAH MAJU JAYA agar matlamat yang dicapai bertepatan dengan keperluan pembangunan negeri ini. Disamping itu segala perancangan pembangunan negeri ini juga hendaklah berpaksikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah.

Akhir kata, saya berharap PMTTK akan terus mencapai kecemerlangan dalam mencapai kemajuan Sabah Maju Jaya. Selamat melayari portal rasmi Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas.

Sekian, terima kasih.

SAPDIN IBRAHIM

footer.html