Hubungi Kami

Alamat Perhubungan

Penerusan Bantuan 2022

Kerajaan juga melalui Pejabat ini masih menyediakan bantuan BAIK iaitu bantuan ihsan komputer, tetapi sasaran kali ini adalah pelajar-pelajar anak Sabah dibawah e-kasih Miskin Tegar yang sedang belajar di IPT yang tidak mampu membeli computer untuk pembelajaran. Bantuan BAIK kali ini melibatkan RM1 juta dan akan memberi faedah kepada 600 pelajar.

Lebih Lanjut

Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri meneruskan BUDI iaitu bantuan ini secara one-off untuk pelajar dikalangan B40 dan M40 yang kali pertama masuk ke IPT sebanyak RM2,000.00 (Sarjana Muda) dan RM1,500.00 (Diploma/Asasi/Matrikulasi) di seluruh Malaysia tahun 2021. Bantuan ini dijangka memberi faedah kepada lebih kurang 5,000 pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS di seseluruh Malaysia. Ini melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Lebih Lanjut

Bagi tahun 2022, kerajaan negeri juga meneruskan BAKTI iaitu bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) sebanyak RM200.00 seorang bagi pelajar yang akan menduduki SPM, semester akhir STPM dan STAM bagi tahun 2022. Bagi maksud ini, Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM7.5 juta yang akan memberi manafaat kepada lebih kurang 37,000 pelajar di seluruh sekolah-sekolah di Sabah.

Lebih Lanjut

Mulai tahun 2022 juga, bagi mengiktiraf dan memperkasa peranan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) kerajaan akan memberikan bantuan peruntukan sebanyak one-off RM2,000.00 kepada PIBG setiap sekolah di Sabah agar mereka dapat memantapkan aktiviti mereka untuk kebaikan pelajar dan sekolah masing-masing. Ini akan melibatkan RM 3 juta kepada 1,500 PIBG seluruh Sabah.

Lebih Lanjut

Mulai tahun 2022, kerajaan negeri juga akan memberi bantuan bagi pembekalan keperluan alat-alat kelengkapan sekolah dengan kos maksimum RM15,000.00 bagi setiap sekolah secara berperingkat. Ini bertujuan untuk memberi keselesaan dan kelengkapan bagi menambah kecemerlangan sekolah di Sabah. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM8 juta yang akan memberi faedah kepada lebih 500 buah sekolah.

Lebih Lanjut

Bermula dari tahun 2022, bagi mengiktiraf dan menghargai pelajar-pelajar anak Sabah disemua peringkat persekolahan, yang berjaya mengharumkan negeri Sabah samada diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa, kerajaan negeri akan memberi Anugerah Khas Kecemerlagan Pelajar Sabah (AKSA).

Lebih Lanjut

Bayi yang lahir pada tahun 2022 oleh ibu bapa bertaraf Warganegara Malaysia berasal dari Negeri Sabah.

Bayi yang lahir tahun 2022 dan Ibubapa bumiputra sabah dipelawa untuk memohon bantuan ini .

Lebih Lanjut