PEJABAT MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS

Perutusan

SETIAUSAHA TUGAS-TUGAS KHAS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera



Terlebih dahulu saya mengucapakan selamat datang ke Laman Web Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri Sabah. Laman web ini adalah merupakan salah satu inisiatif dan ilham YB. MTTK untuk menyediakan gerbang informasi terkini kepada orang awam mengenai peranan dan tanggungjawab PMTTK dalam pengurusan Hal Ehwal Islam, Pendidikan dan Pembangunan Ekonomi di Sabah.

Sejajar dengan program pendigitalan Kerajaan Negeri Sabah menjelang Tahun 2030, PMTTK komited untuk menyediakan laman web yang mesra pengguna dengan kemudahan perkhidmatan atas talian yang efisien dan efektif. Kemudahan untuk melayari portal ini juga akan sentiasa diperkemaskan dan ditambahbaik dengan pelbagai kemudahan teknologi terkini untuk memudahkan orang awam melayari dan mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat.

Para pengunjung juga bole berkomunikasi menerusi portal ini, saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan ikhlas yang membina daripada orang awam. Insha Allah segala maklum balas berkenaan dapat membantu Pejabat ini melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan dari semasa ke semasa.

Akhir kata, saya berharap portal ini akan menjadi wadah dan wasilah kepada semua pihak mengenali Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas.

Sekian, Terima Kasih.

SAPDIN IBRAHIM


"SABAH MAJU JAYA"