PERUTUSAN

Menteri Tugas-Tugas Khas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Alhamdullilah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmatnya. Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan selamat melayari portal rasmi Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas ini yang disediakan khusus untuk orang awam mendapatkan informasi terkini dan mutakhir mengenai program dan aktiviti PMTTK. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada para petugas yang telah berusaha untuk menyediakan portal rasmi ini.

Pejabat ini telah diwujudkan apabila terbentuknya Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah selepas memenangi Pilihanraya Ke-15 pada bulan September Tahun 2020. Sebanyak empat (4) agensi telah diletakkan di bawah Pejabat ini, iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah. Peranan dan tanggungjawab Pejabat ini adalah untuk memperkasakan sistem pentadbiran dan perundangan Hal Ehwal Islam dan pendidikan dan di Sabah melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang efisyen dan efektif.

PMTTK juga komited untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan selaras dengan halatuju SABAH MAJU JAYA (Pelan Pembangunan 2021-2025), untuk merancakkan semula pembangunan negeri ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Kewujudan portal ini adalah seiring dengan pelaksanaan Pelan Strategik Perkhidmatan Awam Negeri Sabah untuk mencapai Status Kerajaan Digital Pintar dalam tempoh lima tahun (2020-2025). PMTTK juga akan sentiasa memastikan pembangunan dan perancangan organisasi ini bergerak seiring dengan matlamat pembangunan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) untuk menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat pada tahun 2030.

Kita juga berusaha menekankan aspek tadbir urus yang baik dan berintigriti dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam sampai kepada sasarannya. Pengukuhan tadbir urus melalui ketelusan dan akauntabiliti merupakan teras kecemerlangan sesebuah organisasi dan menutup segala ruang kepada wujudnya persepsi negatif terhadap perkhidmatan awam. Budaya kerja berintegiriti haruslah diamalkan untuk menjadi penjawat awam yang cemerlang.

Sempena Tahun 2021 ini, saya berharap PMTTK terus melakar pelbagai kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh lapisan masyarat, sentiasa menitikberatkan aspek ketepatan maklumat utama organisasi kepada orang awam. Kemudahan untuk melayari portal ini juga akan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan pejabat ini juga sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan untuk penambahbaikan dan keberkesanan portal ini.

Akhir kata, semoga seluruh warga PMTTK terus istiqamah dalam melaksanakan tugas dan tanggunjawab mereka sebagai penjawat awam yang unggul dan berteraskan integriti untuk menjadikan PMTTK sebagai sebuah agensi yang terbaik dalam perkhidmatan awam.

Selamat melayari portal Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas.
Sekian, terima kasih.
DATUK HJ. MOHD. ARIFIN BIN HJ. MOHD. ARIF, JP

footer.html